April 26, 2009

Selangor Juara Piala FA


Malam tadi aku nonton tv je secara live dr Bt Jalil ..aku pinjam TV anak aku...nasib baik aku ada 2 biji TV ..satu TV besar dia orang layan AF7 yg buat life serentak..
bedebar-debar rasanya..pengulas kata ada 80 ribu orang datang menyaksikan perlawan itu...ramai tu .. aku tak kesana pun dapat merasakan betapanya bingitnya telinga. So tepat 8.45 mlm game pun bermulalah satu gol pun tarak masuk sehingga game pertama habis.
Dari bedebar-debar dan cemas tadi bertukar jadi booosan...
Masuk game kedua pun camtu jugak...Kelantan yg banyak menggasak kekubu Selangor..cemas jugak aku sehinggalah game tamat. Apa lagi layan pulak game tambahan masa, kali ni Kelantan mendahului Selangor 1-0 hasil dari tandukan dari penyerang Kelantan. Masuk game tambahan kedua Selangor pulak menjaringkan gol hasil tandukan Ketua Pasukan Selangor Amri Yahya..sambil menyiarap boleh jugak mamat ni score ..terkapai-kapai Penjaga Gol Kelantan tu.
hehehe..seronok aku tak terkata...tiba2 TV aku blackout ...ptuiii.. potong stim aku kejap..lepas ni mesti tendangan penalti ..maleh aku nak kacau dia orang pi tengok TV yg lagi satu..dengar jer lah berita pukul 12 mlm nanti.. Sah Selangor menjadi Juara dgn tendangan penalti 4-1..
Hidup Selangor..

April 14, 2009

aku bengang ..

Hari Sabtu ari tu aku, mem dan anak pompuan aku Ashiqin balek kampung rumah mertua aku ...saja-saja balek sebab dah sebulan tak balek. Teringat aku nak tuka lampu meter trip mailej kete Waja aku yg dah terbakar hampir 2 bulan . Aku ajak Musa adek ipar aku temankan aku pegi ke pekan Masjid Tanah.. pusing-pusing hampir 20 min jumpalah workshop wiring kete . Selepas sosek-sosek dgn wireman dia pun setuju nak buat..hampir dlm 1/2 jam dah siap tuka lampu..

aku : Brapa?
w/m: 30 ringgit ...
aku : wah!! tuka itu lampu kecik tu pun 30 ringgit...
w/m : lagi kecik itu lampu lagi mahal maa...itu lampu 25 ringgit...dia punya upah 5 ringgit..

pelik gak aku ..aku tengok dia bukak dan pasang balek cover tu leceh jugak..takan upah 5 ringgit.. lampu tu kecik aje takanlah 25 ringgit..

tu yg aku bengang tu...$%^&*@#!@!@ tak puas ati ..
takpelah lainkali aku buat sendiri..

April 09, 2009

mata bertentang mata 2..

3 hari lepas sekali lagi aku dikejutkan dgn kehadhiran simusang berjanggut ni..terkejut beruk aku ketika aku nak mengunci get . Ketika itu dia sedang dilamun mimpi gamaknya..aku pun carilah payung..lantas akupun mengacah-ngacah lalu dia terjaga..wah kali ni langsung tak mau berganjak..ni buat aku saspen..aku acah-acah lagi membuat dia rimas lalu buka langkah 1000 terus hilang . Aku pun terpikir jugak ..agaknya bila hujan waktu cam gini dia akan mencari tempat berteduh buat seketika...tak per lah lain kali aku berjanji kalau kau datang singgah aku takkan kacau kau lagi. Tapi aku khuatir kalau anak perempuan ataupun makcik terserempak lagi harubiru dibuatnya. Ok lah musang berjanggut pandai-pandailah kau membawa diri. Anyway we share the planet..bye

April 08, 2009

Terapi Pernafasan..


  1. Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan, apakah fungsinya sama untuk menghirup dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaannya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan ( mengeluarkan sejuk). Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh. Jika Anda merasa penat, lakukan terbalik-balik. Tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali. Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sejuk. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah marah. Apakah Anda ada memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat penat. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat. Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa. Selalulah mencuba terapi pernafasan ini, tubuh anda akan merasa sangat tenang sekali (rileks).Sumber: health tips ..tapi kalau korang takde hidung masalahlah sikit.

April 04, 2009



Ketika Shiqin (anak aku)jadi Flower Girls dihari perkahwinan kawan-kawan pejabat isteri aku . Kedua-dua mempelai adalah arkitek yang kini bertugas di JKR Wilyah Persekutuan.

April 03, 2009

Paklah besara ..Pak Jeeb Ganti



Setelah 5 tahun menggembeling tenaga kini Paklah bersiterihat . Selamat Besara Paklah semoga sihat senantiasa disamping isteri dan keluarga tersayang.

Kini Jawatan PM yg ke6 digalas oleh Pak Jeeb. Semoga Pak Jeeb membawa tuah pada Negara.

Ameen.



Bila mata bertentang mata .

Hari Khamis minggu lepas dalam pukul 9.30 mlm , hujan gerimis yang tidak henti-henti sejak petang tadi membuatkan aku rasa kesejukan. Sebagai suami dan ayah aku memang bertanggung-jawab diatas keselamatan keluarga aku. Seperti biasa rutin aku memastikan pagar dihadapan rumah mesti dikunci dgn rapi. Setelah berbuat demikian aku pun berpatah balik ..tiba-tiba mata aku terpaku melihat satu lembaga seperti kucing yang sedang tidur diatas para diatas tingkap rumah ku. Sememangnya rumah ku mempunyai garaj yg berbumbung, disitu lembaga itu berbaring. Rasa ingin tahu tu amat kuat lantas aku mengacah-ngacah lembaga tersebut dengan tangan , alangkah terkejut aku...rupa-rupanya aku sedang bertentang mata dengan musang berbulu ayam...hishh musanglah tu ....apalagi dia merenung mata aku ,akupun merenung mata dia...meremang bulu ghoma aku..aku pun bersiap sedia manalah tahu kemungkinan lembaga ini akan menyerang aku at anytime tiba-tiba...alamak matilah aku. Dengan mata terbeliak ,lidah terjelir keluar muka menyeringai menunjuk-nunjuk taring mebuatkan aku lebih berhati-hati. Agaknya dia bosan tengok muka aku yang tak hensem ni ..tiba-tiba dengan pantas simusang berjanggut ni melompat kebawah dan terus lari menghilang diri dikegelapan malam. ..Pheww lega aku...Akhirnya kau tewas juga dengan renungan tajam mata aku membuat kau hilang akal ..Tapi..sehingga kini aku masih heran bagaimana simusang ini boleh memanjat keatas para itu..sebab secara akal memang tak lojik langsung simusang itu boleh memanjat diatas para itu.. Sehingga kini aku masih heran dan musykil...musykil...

April 01, 2009

Dimana boleh mencari ramai Melayu...

Di mana boleh cari ramai Melayu. Pastinya di Kelantan dan Trengganu. Dan juga di pasar malam dan pasar minggu. Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu. Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu. Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu. Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu. Dan di selekoh duit rasuah depa sapu. Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu. Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru. Terkinja-kinja best giler menari macam hantu. Apa hobi orang MelayuTerkenal dengan budaya malas dan lesu. Berlepak buang masa tak jemu-jemu. Atau baca majalah Mastika cerita hantu. Tengok telenovela dari Filipina dan Peru. Sambil makan junk food kacang dan muruku. Mana tak gendut berpenyakit selalu. Kalau nak berlagak melayu nombor satu. Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu. Boleh tak jumpa mereka di kedai buku. Atau di perpustakaan dan majlis ilmu. Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu. Ada tapi kurang sangat ke situ. Kenapa Melayu jadi begitu. Nak salahkan sapa ibubapa atau guru. Pemimpin negara atau raja dulu-dulu. Ayat lazim di mulut ialah malas selalu. Nak harap kerajaan saja bantu. Terutama sekali kontraktor kelas satu. Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu. Dan suka sangat dengan budaya mengampu. Sampai bila kita nak tunggu. Bangsa Melayu jadi bangsa termaju. Boleh, dengan beberapa syarat tertentu. Pertama dengan banyak menguasai ilmu. Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku. AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulutapi apakah yang kita tahu,cuma baca nak halau hantu..
I'm sorry...