October 15, 2009

Rumah ku dipecah masuk ..

11 OKT 2009 Ahad lalu, ketika itu aku dirumah Mertuaku sedang bersiap sedia utk kerumah abang along di Tampin kerana pertunangan anaknya. Ketika bersarapan pagi dgn ahli keluarga yang lain aku telah dikejutkan dgn panggilan dari jiran sebelah bahawa rumah aku telah dipecah masuk oleh pencuri . Kata jiran aku lagi pencuri telah memecah masuk melalui tingkap store dibelakang rumah. Apa yg dilihatnya ada sebuah tangga terletak disebelah tingkap store dan barang-barang berlonggokan. Aku mula panik dan beristighafar banyak2. Aku cakap dgn keluarga aku nak balik dulu ke Kuala Lumpur, manakala Anies,Mawar dan Murnie menyusul kemudian dgn menaiki kereta Mawar. Aku terpaksa berjumpa dgn Uji di tol Pedas-Linggi sebagaimana kami telah rancang utk berkonvoi.Aku katakan pd Uji aku terpaksa batalkan niat aku nak bersama-sama mereka dipertunangan anak Along dan aku katakan masalah aku yg sebenarnya.Uji dan yg lain faham akan sitiuasi aku ketika itu. Lalu aku beredar bersaorangan menuju kerumah ku .
Setibanya aku jam 10.45 pagi itu , aku dapati memang benar apa yang dikatakan oleh jiran. Aku masuk rumah dan didapati pintu kedapur telah dipecahkan juga sebelum pencuri berjaya memasuki keruang tamu dan juga bilik tidur yg terletak ditingkat atas. Kedua-dua bilik tidur kami digeledah dgn rakus , habis berselerakan terutama bilek Murnie yg baru saja berkahwin tiga bulan lepas. * Semasa kami pulang kekampung Asrizal(menantu)tidak dapat bersama-sama kami kerana bertugas di Terengganu.*
Semua barang-barang yg beselerakan tidak aku sentuh langsung kerana polis belum buat siasatan lagi. Aku terus menghubungi polis peronda , dalam 20 minit polis peronda tiba utk membuat pemeriksaan sekeliling rumah dan bilik. Beliau menasihati saya supaya membuat lapuran polis yg berdekatan.
Anies muncul dgn anak-anak ku.. dan aku menyuruh Anies dan Murnie membuat anggaran kos kecurian. Setelah diselidiki anggaran adalah berjumlah RM8,000. Berikut adalah barang kemas kepunyaan Anies dan Murnie, jamtangan berjenama dan wang ringgit kepunyaan Rizal yang dicuri.

Setelah itu kami membuat lapuran polis dan pegawai yg bertugas ketika itu telah menghubungi pegawai penyiasat. Sebelum pulang kami telah singgah utk makan tengahari disalah sebuah restoran yg berhampiran dan pulang kerumah.
Pegawai penyiasat tiba dalam pukul 2.30 ptg ..setelah menyiasat pegawai dapat mengesan cap jari pada bahan yg disentuh oleh pencuri dan membawa pulang kebilik makmal utk proses berikutnya. Pihak penyiasat akan memaklumkan kpd kami dalam masa dua minggu lagi.
Disini banyak kesilapan yg telah saya lakukan dengan tanpa disengajakan.

1. Tangga kayu yg mempunyai lapan steps kepunyaan kontraktor tidak datang mengambilnya setelah kerja-kerja pembaikan siap. Memang tangga itu tersadai ditepi rumah.

2. Pintu store yg tidak dikunci (kadangkala ianya kami kunci apabila teringat)
Dari pintu store inilah pencuri telah berjaya memecah pintu masuk keruang tamu dan terus menaiki tangga kebilik tidur kami.

3. Kedua-dua pintu bilik tidur tidak berkunci ketika kejadian berlaku.
(kadangkala ianya kami kunci apabila teringat).

Dengan 3 perkara yg saya sebut diatas , memudahkan lagi pencuri melakukan kerja-kerja terkutuk ini. So kepada kawan-kawanku sekelian sila ambil ikhtibar dengan apa yang saya lalui ini. Kalau ada masa saya akan loadkan gambarnya nanti.

Sekian.