May 29, 2013

Keluarga besar melancong ke Sarawak

Assalamualaikum.
Pada 11 hingga 14 April yang lepas, kami sekeluarga seramai 11 orang dewasa beserta 4 orang cucu  , telah melancong  ke Negeri Sarawak bumi Kenyalang. Percutian yang telah dirancang pada tahun lepas. Ini adalah merupakan percutian kali ketiga aku dengan Pn. M, tapi kali ini kedatangan kami dengan keluarga yang agak ramai.

Rombongan pertama:
1.      Tuan Tanah dan Isteri ( Pn , M )
2.      Asrizal ( menantu ) dan Murni – Suami / isteri
3.      Mohd. Alif Abqori - cucu
4.      Mohd. Aisy Anaki - cucu
5.      Nurul Ashiqin Abdul Rahim - anak
6.      Mohd. Heri ( menantu )dan Mawar – Suami / isteri
7.      Dhania Amanina -cucu
8.      Mohd. Izz Rayyan – cucu.

Rombongan kedua: ( Penerbangan pada waktu 8.45 malam )
1.      Ibu Mertua
2.      Nordin ( biras ) dan Bahyah – Suami / isteri
3.      Amirah – anak saudara.


Hari Pertama:
Rombongan pertama kami bertolak dari rumah pada tepat jam 8.00 pagi. Heri , Mawar dan 2 orang anaknya ( cucu ) bertolak dari Rembau menaiki kenderaan masing-masing. Ini adalah buat pertama kali kami menaiki kereta sendiri dari Cheras menuju ke LCCT   sebelum ini kami sering menggunakkan perkhidmatan Sky Bas saja.  Murni menawarkan diri untuk memandu.. kali ini aku jadi penumpang.  


sebahagian daripada anggota rombongan kami...foto ke4. landing time di bumi Kenyalang

Kami tiba pada jam 8.15 pagi manakala Heri dan keluarga tiba jam 9.30 pagi.  Alhamdulillah semuanya selamat sampai seperti yang dirancangkan.  Selepas bersarapan pagi di Food Court kami terus Check In.
Flight pula akan berlepas pada jam 11.45am.  Flight ni mengambil masa perjalanan 2 jam untuk sampai ke Sarawak. Lebih kurang jam 1.45  petang  kami selamat mendarat di tanah Sarawak,  Alhamdulillah.
Segala persiapan seperti tempahan tiket  Penerbangan Air Asia telah ditempah tahun lepas oleh Pn. M , manakala pakej menyewa Homestay termasuk pemandu dan kenderaan telah ditempah awal sebulan sebelum ke Sarawak.
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching , semua penumpang perlu melalui proses pemeriksaan Imigresen , untuk pelancong tempatan dari Semenanjung akan diberi SLIP.   Slip ini wajib disimpan untuk pemeriksaan Imigresen masa keluar dari Kuching nanti.

Setelah selesai urusan dengan Imigresen kami bergegas keluar . Pn. M terus menghubungi pemandu kami. Rupa-rupanya pemandu telah sedia menunggu  untuk membawa kami ke Homestay dan terus check in.

Kami keletihan dan minta pemandu datang menjemput kami pada pukul 8.00  untuk makan malam.. Aktiviti seterusnya kami semua merebahkan diri .  Sementara itu Pn. M menyediakan makanan yang dibawa dari rumah.  Makan ala kadar saja.

Muhd. Alif Abqori masih bertenaga menonton TV..

Tepat 8.00 malam pemandu tadi datang, berbincang dengan beliau dan bersetuju membawa kami Ke Pasar malam di Satok . Di Pasar Satok kami mencari Medan selera untuk makan malam.  Ketika ini hujan renyai-renyai mulai turun. Terjunpa lah kami Medan selera Benteng...

Medan selera Benteng , Satok .  Jai sedang melayan kerenah Muhd. Aisy Anaqi.

Menikmati makanan.. macam-macam menu terhidang tapi taste makanan yang dipesan raser mendatar sajer...mungkin taste mereka tak sama dengan taste orang Semenanjung kot.
Setelah kami mencuba makanan yang tak seberapa itu.. dah ter oder perut pun dah lapar what to do... kami meneruskan agenda seterusnya   dengan berjalan jalan sekitar pasar malam di situ. Apa yang kami dapati sama aje pasar malam kita di Semenanjung. Tak beli apa apa pun ..cuma melayan kerenah cucu ..contohnya foto yang dibawah ni..

Alif bangga dengan topeng yang dibeli oleh papa .

Memandangkan cuaca tak mengizinkan hujan masih renyai-renyai lagi kami mengambil keputusan untuk balek saja ke Homestay. Pukul 10.00 malam pemandu datang mengambil kami dan membawa kami pulang.

Ketika ini pula kami menunggu kedatangan rombongan yang kedua ia itu
ibu mertua , biras, ipar dan anak gadisnya. 12.15 tengah malam mereka tiba dengan pemandu kami.. Mata pun dah tak boleh tahan lagi kami semua terus ZzZzzzzzz.. sebab esok ada agenda lain pula menanti..

Selamat malam!!

Bersambung lagi...