August 31, 2009

Cuti-Cuti Malaysia Ke Kota Kinabalu 13-17 Ogos 2009

Sudah lama aku tak blogging ..terlalu sibuk mengawinkan anak gadis aku yg nombor 2 pd 12 Julai lalu. Almaklumlah inilah kali pertama aku dan Pn Manis sibuk membuat persiapan yg cukup mencabar. Rupa2nya bukan senang nak buat persiapan ,bersepah jugalah "kepala lutut" aku dibuatnya. Shukur alhamdulillah majlis berjalan lancar .. rumah dah siap pahat berbunyi sikit-sikit tu adalah...adatlah tu Ok lah kita tinggalkan dulu perkara yg dah selesai.

Pada tanggal 13 hingga 17 Ogos , kami sekeluarga dan juga keluarga rakan sekerja Pn Manis telah pergi bercuti Ke Kota Kinabalu Negeri dibawah Bayu . Kami telah membuat tempahan tiket seawal pada bulan Februari yg lalu melalui on-line. Semua kerja-kerja itu Pn Manis yg lakukan dari A-Z ..thumbs up for her . So hari Khamis 13 Ogos pada pukul 5.00 ptg rombongan Che Kiah telah menaiki bas dari KL Sentral dan tiba di Lapangan Terbang LCCT pd 6.00 ptg. Setelah urusan pendaftaran dan bagasi dikaunter selesai kami menunggu diruang dibalai berlepas. Pada pukul 0745 mlm pesawat Air Asia telah pun memulakan penerbangan. So ketika ini kami berada dlm perut pesawat . Dalam perjalanan cuaca tak berapa baik penumpang telah diberikan arahan supaya duduk ditempat masing-masing dan setengah jam kemudian keadaan kembali tenang . Suspen jugak tu ..he he he . Pesawat kami telah selamat mendarat lebih kurang 10.15 mlm. Disana sebuah bas mini telah menanti kami utk membawa kami ke hotel.Perjalanan mengambil masa 1/2 jam utk sampai kedestinasi. Bersama-sama ini aku paparkan gambar2 kenangan aku bersama rombongan Che Kiah ...saksikanlah. Maap ye kalau gambar tak memuaskan.





ON BOARD...
Shiqin menutup mulut dan hidung demi menjaga keselamatan ...almaklumlah wabak hinguih kerbau pendek sungguh berbahaya ..kerana ketika ini Dunia telah dilanda wabak H1N1 termasuk Malaysia. Manakala Pn Manis tersenyum bila gamabar dirakam.




Disinilah rombongan kami menginap di Tune Hotel , One Borneo , Jln UMS .
Kami check in hampir lewat jam 11.45 mlm ..sebelum itu kami telah diberitahu oleh Pn Yati dan PN Manis selaku ketua rombongan supaya berada dilobi pd pukul 8.00 pagi esok kerana akan bermulanya perjalanan ke Gunung Kinabalu.


14 Ogos


Setelah menunggu hampir 1/2 jam , maklumlah janji melayu mesti lewat maka itu bermulalah perjalanan kami. Sebenarnya kami sekeluarga sudahpun bersarapan pagi didalam bilik hotel. Barang-barang keperluan dapur spt mee segera dn dll semuanya telah disiapkan oleh Pn Manis dari rumah lagi. Jadi SAVE BUDGET LAH . Hebat betul Pn Manis ni ttg save budget ni..



Gambar dirakam di Nabalu nun disana kelihatan Gunung Kinabalu dilindungi oleh
kabus tebal





ello mem takkan nak beli pisang ngan nenas pulak ..






semua menuju ke bas mini setelah tak membeli belah satu habuk pun ...
"okey semua kira cukup orang tak " ,jerit pemandu pelancung ...jalan dah !!





Gerai membeli-belah ..macam-macam ada ...







Syukur Alhamdulillah tiada siapa yg mengalami kecelakaan.
Dalam perjalanan ke Gunong Kinabalu bas kami mengalami kerosakkan kerana tali kipas putus berbunyi dengan kuat . Maka itu tersadailah bas rombongan kami buat seketika sementara menunggu pertolongan. Sementara menunggu kami sempat berposing dikawasan disitu.



Idea yang Menarik...