March 29, 2009

AlFatihah

Assallamualaikum,
Dukacita diberitahu bahawa Sdr. Bakar Yusof telah meninggal dunia pada jam 7.08 pagi Sabtu ,28 March 2009. Allahyarham telah menghembuskan nafas yg terakhir diHospital Besar KL setelah berada dihospital beberapa hari yang lalu kerana sakit perut dan kesukaran bernafas. Jenazah Allayarham telah dibawa ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk dimandikan dan disemadikan ditanah perkuburan orang Islam di Jalan Ampang selepas sembahyang Zohor.
Allahyarham adalah bekas Pegawai Stor Bessar telah berkhidmat dengan Bernama selama 36 tahun dan bersara wajib pada March tahun lalu. Semoga ALLAH mencucuri rahmat dan menempatkan Allahyarham bersama-sama orang yang beriman.
Ameen.

March 20, 2009

Memperkenalkan Pasukan Bolasepak Bernama 1985.













Duduk dihadapan dari kiri:
En.Baki Ghani, En.Rahman Saadon, Datuk Rejal Arbee, Datuk Mustapha Muhamad, En.Yassin Baboo, Tuan Syed Yahya, En.Rachman Nordin.
Berdiri ditengah :
En.Mokhtar Husein, En.Ishak Ismail, En.Mat Saodi Attar, En.Wahid Mat Som, En.Abdul Wahab, En.Aripin, En.Mustapha Kamal, En.Fuzahir Nayan, En.Abdul Halim Ariffin.
Berdiri dibelakang:
En.Mohd.Yusof, En.Rosli Nayan, En.Mohamod Nik, En.I'm Sorry, En.Amral (menyoroklah pulok), Dah lupa..
En.Sabahruddin, En.Jamaluddin.

Amalan

Assalamualaikum,



UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT."

Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... Bismillahirrahmanni rrahim"Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (iany a wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ameen..

Pakai lah baju bang...


Apehal mamat sorang ni ...nampak aurat tuu.
Kes naya betol .

Pasukan Bolasepak Suami Macho ..


telah berjaya menewaskan pasukan Bujang Lapok dgn jaringan beSSar 6-2.
Percayalah jangan tak percaya. I'm sooorrrry!!!