April 08, 2013

Vietnam here I come


Niat dihati memang nak buat entri sekembalinya nanti , tapi apakan daya saya tak sihat dan di masukan ke Wad selama Enam hari dan beri MC selama 20 hari . Doktor  nasihat supaya banyak berehat. Takpelah walau  pun dah sebulan berlalu saya tetap nak buat entri buat tatapan kami nanti.

Sekali lagi aku bercuti di negara orang… Ini adalah kali kedua destinasi aku dan Pn. M ke negara Vietnam. Hasil pujuk rayu Pn.M  terhadap aku beberapa bulan yg lalu  utk datang lagi kesini ialah takde lain ialah untuk bershopink. Aku memang nak sangat jejak ke negara ini sekali lagi. . Dulu kami pergi pada tahun lepas pada bulan Oktober hanya window shopink dan membeli belah sikit-sikit  saja. Apa yang menarik kat Vietnam nie ek, sampai dua kali kami kesini.  Kata. Pn.M shopping di sini murah-murah belaka tu yang kami repeat sekali lagi.


Kali ini kami  pergi ber4 dengan Pn. M , Murni dan Aisy  ……..Flight kami jam 4.30  petang …..
So bermula lah perjalanan kami. Pukul 10.10 pagi  kami keluar  rumah menuju ke KL Sentral dengan mencatar sabuah teksi tambang RM12.00. Lepas itu kami menaiki bas Ke LCCT  dgn tambang RM8.00 X 3 = RM 24.00. ( RM72.00 Tiket bas ini dibeli pergi dan balik ). Oleh kerana banyak masa lagi kami singgah FOOD COURT untuk makan tengahari.


Setelah mengalas perut dan menyelesaikan segala urusan Kastam  kami menaiki Flight AA  tepat pada masanya. Tiba di Internasional Airport Ho Chin Minh 5.30 petang (waktu tempatan ) kira-kira 2 jam perjalanan. (waktu sana lewat sejam dari M'sia)


Apabila kami keluar dari airport ini, kami nak mencari taxi. Nak ingatkan disini...jangan ambil taxi dari dalam airport ini...mahal hokay!. Ambik yang kat luar. So, anda kena keluar dari pintu utama airport dan terus menuju ke arah kiri. Di situ anda akan melihat tulisan Taxi Stand. Ada banyak orang menunggu untuk menaiki taxi.

Taxi yang boleh dipercayai di sini ialah Vinasun dan Mai Linh sahaja. So, jangan pandai-pandai nak naik taxi jenama lain. Beringat-ingat la Ya!
Pastu kenderaan di sini ialah left hand drive. Jadi ambil peringatan jangan buka pintu disebelah kiri sebagaimana kita lakukan di Malaysia. Bukan macam kat negara kita right hand drive. Tambang taxi dari airport ke hotel aku di area Ben Thant Market ialah 100,000 Dong atau 6USD (RM20) Tambang ikut meter dan bergantung kepada jauh mana anda menetap di hotel di sini.


Kami stay kat Hotel Boss1 dekat yang amat dengan Ben Thant Market...hanya beberapa langkah lebih kurang 200 meter ajer.




Decorasi dibilik Hotel Boss1 ..tapi awas bagi oang Muslim haram memakan makanan yg disediakan tu...tiada logo Halal.

 Aisy leka bermain-main dgn remote control.



Disini lah tempat orang Malaysia membeli belah .. tempat dimana Kain English Cotton, Kain Sutera Vietnam, kain labuci blink-blink, kasut manik batu berkualiti, T-shirt sukan, cadar katil, alas meja, baju kurung dan tudung boleh dibeli dengan harga yang sangat murah, asalkan kita pandai menawar.

Kena hati-hati di Vietnam ni ye kerana ramai diantara mereka dah boleh faham bahasa kita. Kalau tengah tawar barang, jangan sesekali sebut perkataan "Murah". Kalau dia dengar kita sebut murah .. habislah .. mesti tak boleh dapat discount lagi dah.

Soal  makanan Halal anda tak perlu bimbang.


Seriously, Nguyen Ann Street ni dah jadi perkampungan orang Malaysia.  Kedai makan Halal banyak sangat kat sini tapi sini harganya lebih mahal.  Kat sini ada Restoran Basiroh, Restoran Kg Melayu, Restoran 1Malaysia dan Restoran V.N.

 Kat Nguyen Ann Street ni paling banyak hotel 2 dan 3 bintang.  Nak makan senang, nak shopping senang, kedai 24 jam ada, ATM machine HSBC ada .. kira sangat selesa la duk area ni.


Kedai milik Melayu Kampuchea



Ramai blogger rekomen minum kopi Ais ni..memang rasanya cukup marbeles, berlemak dan berkrim.


Pho adalah antara yang wajib dicuba kalau anda ke Vietnam. Sedap sungguh sup kat sini, langsung takda rasa Ajinomoto macam sup kat tempat kita.



 Daun selasih, cili jeruk dan sambal kacang untuk dimakan bersama 'Pho'.
Hati-hati bila mengaplikasikan cili jeruk tu..ia membuatkan air hidung anda meleleh dan telinga berasap.

Restoran Basiroh yang sangat femes dikalangan orang Malaysia.

Hari Kedua:

Kami bersopink ke Binhtay Market dengan menaiki bas . Dari Hotel kami menginap perjalanan kesana mengambil masa dalam 30minit. Save bajet sikit. Tambang tak lah mahal sangat. Enjoy juga sekali-sekala naik bas awam ni. Dapat melihat gelagat orang-orang Vietnam menjalani kehidupan seharian.
Tak jauh bezanya di Malaysia.

Menuju ke Pasar Binhtay


 Aisy tertidur lena dalam kepanasan ..


 Motorsikal dimana-mana sajer..



 Aisy sudah bangun berposing dengan Mama...













Hari Ke3 ( Last Day ): Jalan-Jalan cari Jalan.

Awal pagi kami telah mula berlegar-legar di Bandar Ho Chin Minh untuk melihat sendiri keadaan kota ini. Memang cantik dan bersih tidak sesesak di Bandar Kuala Lumpur. Mungkin waktu ini warga kota sudah keluar bekerja.






Secara kebetulan kami lalu di depan Dewan The Opera House minta izin untuk berfoto dengan mereka. Kumpulan ini adalah penggiat seni dan akan mengadakan persembahan sebentar lagi. Aku bertutur dalam bahase isyarat jer.






Ronda-ronda lagi kami melintas didepan kedai pembuat model kapal ..memang teruja nak membelinya, tapi tengok ajer laa..

Sudah puas kami berlegar-legar , kami cuba bertanyakan dimana letaknya Masjid yang berhampiran dengan Amoi ni..macam bercakap itik dengan ayam..cakap base Inggiris pun tak paham base kita apa tah lagi..

Kami teruskan berjalan untuk mencari dimana rumah ALLAH..dalam hati aku memohon doa pada ALLAH agar permudahkan urusan kami..sambil melangkah aku mendongak aku terlihat sebuah kubah Masjid yang terselit diantara bangunan yang lain terus saja aku menuju kearah itu..Syukur Alhamdulillah sudah ketemui yang dicari..Bersyukur aku sekali lagi nama Masjid AL RAHIM..


Mak cik ( foto No.4 ) sedang menjalankan peniagaan makanan Halal didepan pintu masuk Masjid.

Salah satu tarikan aku ialah tiang letrik yang berselirat, boleh dikatakan setiap tiang letrik di Bandar ni berselirat. So sesiapa yang berminat nak kejer sebagai pendawai letrik bolehlah mohon.

Sudah puas kami mengelilingi Bandar Ho Chin Minh , tibalah masanya untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong. Waktu menujukkan 11.30 pagi ..sudah hampir untuk kami Check out. 
Kami menuju kesalah sebuah restoran Halal berhampiran di Pasar Ben Thant.

...dekorasi yang terdapat didalam restoran ini.

Selepas menjamu selera kami bergegas pula ke Hotel Boss1 untuk check out.

Jam 1.00 petang ..diperkarangan Hotel Pn.M sedang menguruskan pembayaran penginapan. Tunggu teksi dan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ho Chin Minh. Flight berlepas pada pukul 4.15 petang. Kami selamat tiba di LCCT , Kuala Lumpur 2 jam kemudian dengan selamatnya.
Alhamdulillah..
Jumpa lagi di next trip ke Kuching , Sarawak pada pertengahan bulan May depan dengan  keluarga yang besar.



Sekian..bye bye..