June 05, 2013

Hari kedua: Melancong Ke Sarawak ( #2 )

Restoran Senapi , Kilang Pasu ,Waterfront , India Street dan Kilang Kek Lapis Dayang Salhah.

Sejam lebih kemudian kami sampai ke Restoran yang dimaksudkan oleh En. Fadhirul.

Restoran Senapi ..sering dikunjumgi pelancong-pelancong dari Semenanjung. Aku dan Pn. M pernah datang ke Restoran ini pada tahun 2006.

Ramainya pelanggan ..kami terpaksa menunggu seketika untuk mencari meja yang kekosongan..di sudut restoran inilah kami sekeluarga melabuhkan saur .. dan oder ikut selera masing-masing . Memang marbeles masakan dia , nasi nya yang enak terasa lemak berpulut, lauk pauk yang mengikut cita rasa semenanjung . Memang kami puji abis,,Thumbs up !,  Khabarnya pemilik restoran ini adalah Orang Semenanjung itu yang diceritakan oleh Fadhirul.  I'm Sorry tak banyak foto yang diklik kan sebab tuan tanah kedaung sibuk ngap-ngap jugak jadi sekeping foto sudah cukup to tell the story laa..
Selesai ngap-ngap agenda selanjutnya.. 


# 3.45 petang kami ke Kilang Pasu..

1.kelihatan Van Toyota Preggio yang mengusung kami kesana kemari.. 2.Heri  cuba mententeramkan  Dhania Amaninah .. 3.Pasu sedia untuk dijual..  dan projek masih dalam proses.

1. Duduk sekejap keletihan..2. Kilang memproses pasu dan sebagainya..3. Muhd. Alif Abqori berusaha menggetel tanah liat mengikut illustrasi dia..suka hati kau lah Chuu..


# 4.48 petang kami berada di Kedai menjual barang-barang mutiara , cincin dan sebagainya. Macam macam ada ..


pilih ! pilih ! pilih ! ..beli beli jangan tak beli..


# 5.13 petang ke Masjid Untuk menunaikan solat Jama ..

Menurut kata Fadhirul Masjid Tengah ini adalah kedua terbesar di Bandar Kuching.. snap foto ketika Van sedang bergerak.

Setelah bersolat kami dibawa ke India Street . Maaf sekeping foto pun tak snap langsung. Letih ke ataupun terlupa . Lagipun kami cuma membuat lintas langsung saje dalam erti kata Window shopink. Dari sini kami menyusuri ke Waterfront dan juga Sungai Sarawak.

 En. Fadhirul  menceritakan  India Street (India Street Pedestrian Mall).  dulu kawasan ini boleh dilalui kenderaan tetapi pada tahun 1992 Jalan India Street dikhaskan untuk pejalan kaki sahaja. Menyeberang dari Pangkalan Sapi menggunakan pengangkutan utama Sungai Sarawak iaitu ‘perahu tambang’. Pangkalan jeti dulu (sekarang jadi Waterfront-ada monument bangunan segiempat lama (Square Tower 1879). 
 Dulu Square Tower ni store menyimpan Senjata Api oleh pihak berkuasa.

Kata Fadhirul lagi kawasan ini merupakan kawasan terkenal dan masyhur bagi golongan wanita kerana kawasan ini memang ramai peniaga menjual kain dengan harga yang berpatutan.  Terdapat juga barang-barang cendermata yang dijual untuk di bawa pulang. India Street telah dinamakan oleh Rajah Sarawak iaitu sejak 165 tahun lalu ketika menamatkan perbualan.

Senja di Sungai Sarawak..

1. Pejabat DUN Sarawak  2. Pemandangan diatas tebing Sg, Sarawak Waterfront  3. Agak-agak spesis ikan apa di dalam sungai ni   4. Nun diseberang sana jeti ke Kg.Boyan dan juga medan selera boleh juga ke Kilamg Kek Dayang Salhah harus lah menaiki bot  harga 50 sen satu hala.

sementara menunggu yg lain kami bebas berfoto.. 1.Heri dan Niah , 2.Atok dan cucu..

 Seterusnya kami ke kilang kek Dayang Salhah yang terletak di seberang sungai tadi. Kami pergi melalui darat (Van) atas Idea Fadhirul. Jalan yang dilalui harus membayar Tol. Perjalanan memakan masa hampir 20 minit.

 teringat dulu semasa kami datang kemari pada Feb 2012 lorong nak masuk ke kilang ini berpagar tak tahu projek apa yang sedang dijalankan..rupa-rupa nya mereka mendirikan surau seperti foto diatas.. Syukur Alhamdulillah dapat lah bersolat disitu.

suasana dalam kilang harus merasai kepingan kek sambil Jai mendukung Muhd. Aisy Anaqi. Tidur ke si Kecil ni .?

 setiap pelanggan yang datang kemari di persilakan merasai kek yang terhidang ..percuma makan lah sepuas puas nya sambil pembantu jualan menjeling ke arah kamu..hehe.. Jai sedang melihat gambar artis yg di gantung di dinding.
 

Artis popular yang pernah berkunjung kesini . Foto-foto ini dirakamkan oleh mereka dan menggantungnya di dinding sebagai kenang-kenangan ataupun satu daya tarikan untuk penggemar2 kek lapis Dayang Salhah. Aku merakamkan kembali untuk dimuatkan dalam blog ini. Harap-harap jangan aku disaman kerana mengambil foto tanpa kebenaran . Masak aku nanti...

Hampir sejam kami disini tanpa di sedari , Pn M dan Bahyah sedang membuat pesanan tempahan kek lapis utnuk di ambil kemudian nanti.
Gud Job. Merasai kek percuma sudah , tempahan kek sudah .. so kami pun beredar. Al maklum sajer hampir sehari suntuk kami jalan-jalan anak-anak kecil sudah mula merengek kita terpaksa memahami kehendak mereka. Kami mohon pada Fadhirul supaya singgah dimana mana kedai runcit untuk membeli makanan segera. Sampai homestay Pn. M dan anak perempuan aku menyediakan makanan serba ringkas untuk mengalas perut. Makan, chit-chat sambil nonton TV and then...


Selamat Malam , Jumpa lagi esok ..

Destinasi esok ke WILD LIFE CENTRE MATANG ......

No comments: