June 03, 2013

Hari Kedua : Melancong ke Sarawak..(# 1)

Assalamualaikum .. S E L A M A T  P A G I  S A N G  S U R I A !!

Agenda pertama kami ke Pasar Serikin..

tu dia hey rombongan Cik Kiah kami dengan cerianya terpancar dimuka mereka.. Pn. M mempastikan everthing is clear sebelum mengunci pintu pagar.


 menuju ke Van jenis Toyota Preggio yang boleh memuatkan kami sekluarga..just ngam-ngam aje..yang dihadapan sekali ialah " Ibu Mertuaku " yang berkemeja T merah adalah Nordin biras ku.

Hari Kedua : Trip ke Serikin dan lain-lain tempat..

Selepas Solat Subuh , keadaan riuh rendah yang tua-tua bersiap-siap manakala si ibu dan bapa sibuk memandi dan mengenakan pakaian anak masing-masing . Sementara itu Pn. M sempat menyediakan minuman   Kata orang minum ringan-ringan ajer..

Tepat pukul 8.00 pagi pemandu pun tiba. Memang janji ditepati pemandu kita ni tapi kali ni pemandu yang lain pula yang datang menggantikan pemandu semalam. Dia mengenalkan diri sebagai Fadhirul , bersopan santun , berbudi bahasa dan baik perawatakan nya. Dia memberi salam dan mengucapkan Selamat datang pada kami sekeluarga . Katanya lagi   kami akan dibawa bersarapan di suatu tempat yang kami tidak ketahui dimana.

Akhirnya sampai tempat yang dihajati untuk bersarapan pagi . Nama restoran "Teh Tarik". Punyalah ramai umat menunggu oder termasuk lah kami . Kami oder ikut selera masing-masing. Tamat episod bersarapan.

Jam 9.20 pagi bermula lah perjalanan kami menuju ke destinasi yang diaturkan iaitu Serikin. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam lima 15 minit. Dalam perjalanan cuaca agak mendong seolah-olah tanda nak hujan tapi alangkah herannya setiba disana cuaca cerah dan panas membahang.


Cuaca memang teramat panas . Bagi sesiapa yang nak melancong ke sini, kena sediakan payung. Kalau tak nak pakai payung belilah topi yang melambak-lambak dekat sini. Peniaga kebanyakannya peniaga Indonesia dan ada juga peniaga tempatan meniaga digerai makanan. Pandai-pandailah memilih kedai. Kebanyakkan barang-barang pun beraneka jenis dari barangan kanak-kanak hingga orang dewasa.   Tentang harga pula, pandai-pandailah tawar menawar. Sesiapa yang pakar kaki tawar menawar memang dapat harga yang murah..


 **Tau tak kenapa cuacanya panas semacam??? Rupanya kawasan Serikin ini terletak di atas lingkaran garisan Khatulistiwa...tu pasallah panas yang amat.


...beginilah keadaan di pasar Sarikin.. Jai sedang mendukung Muhd.Aisy yang memakai cap. Kepanasan mentari sehingga menggigit kulit. Tak teringat pulak nak menyukat kepanasan cuaca disini. Kata orang yang sudah kemari amatlah tidak sesuai untuk kanak-kanak yang masih kecil dibawa ke tempat ini. Tapi kan kita pelancong..alang-alang dah sampai haruslah bershopink.


Kami berpecah mengikut kumpulan kehendak masing-masing..manakala aku bersaorangan mencari port yang redup untuk merehatkan diri , aku memang akur dengan cuaca sebegini..sesekali aku jalan-jalan juga untuk mencari dorang ni . Terserempak  Pn. M dengan anak bongsu ku Ashiqin sedang membeli udang galah , katanya untuk dibuat gulai  di Homestay nanti. Itulah dia naluri saorang isteri , ibu dan merangkap ketua rombongan kami. Terima kasih lah Pn.M..

sebahagian barang jualan di Pasar Serikin yang sempat aku rakam..

Tanpa disedari waktu mencemburui kami . Waktu menunjukan 1.20 petang. Kami berkumpul semula di pintu masuk Pasar Serikin dimana En. Fadhirul telah sedia menanti . Aku lihat masing-masing  dengan ole-ole yang telah dibeli. Walau keletihan masih berpuas hati.
Dalam Van keluarga ku tak abis-abis sosek-sosek kata barangan yang dibeli murah-murah belaka . Kalau macam ni bawak duit segoni pun tak cukup. Ok line clear..kami meneruskan perjalanan  mencari Restoran untuk makan tengahari. Kami berpatah balik ke Bandar Kuching.  En. Fadhirul akan membawa kami ke Restoran yang terbaik punya. Suasana senyap seketika .

bersambung lagi...

No comments: