Tahun baru, Cucu baru..
Mawarnie , anak sulong kami telah selamat melahirkan anak lelaki dihospital HUKM pada hari Isnin 31/12/2012, @ 7.00 malam . Berat anak 2.95kg. Syukur Alhamdulillah ibu dan anak keadaan sihat , Ini adalah anak kedua Mawar dan cucu ke-4 kami. Bertambah besarlah keluarga kami dan juga umat Nabi Muhammad SAW junjungan kita.
Walaupun kami mengharapkan cucu kami dilahirkan pada kalendar 2013 tapi apakan daya dalam situasi si-ibu tidak sihat doktor tidak mahu mengambil risiko kemungkinan-kemungkinan berlaku. dikhuatiri anak akan lemas doktor telah mengambil keputusan untuk membuat pembedahan " caesaran ". Apa yang penting nyawa kedua2 insan ini perlu diberi perhatian .
Pada cucu baru ku ini (belum diberi nama) Alif , Niah dan Aisy , Atok dan Nenda berdoa agar cucu -cucu Atok sentiasa dilindungi ALLAH dan menjadi insan yang berguna demi Agama ALLAH dan bangsa hendaknya. Amin..
Mawar ( sebelum melahirkan ) ,Shiqin dan Niah semasa kami di Taman Pertanian , Kg. Sedia ,Cameron Highland baru2 ini.
No comments:
Post a Comment