December 28, 2012

Percutian kami Di Cameron Highland ..




Pada 13-15 Disember 2012 kami sekeluarga  pergi bercuti ke Cameron Highland dengan menaiki 2 buah kereta Proton Waja dan Pesona .  Kali ini  aku membawa 2 menantu lelaki dan 3 orang cucuku setelah hampir 3 tahun tidak kesini. 

Kali terakhir aku kesini ialah pada pertengahan tahun 2009..semasa itu aku pergi bersama Ibu Bapa mertuaku dan famili yg lain.  Kini bapa mertuaku telah tiada pergi menemui maha PenciptaNya. 

Kami memulakan perjalanan pada pukul 7.30 pagi, mengharungi perjalanan sejauh 216km dengan 270 selekoh.  Kami exit di tol Tapah, ..dalam perjalanan kesana keadaan jalan tidaklah begitu memuaskan dengan keadaan tanah runtuh dan berlumpur diikuti pula para kontraktor yg sibuk membersihkan jalan dan mengawal keadaan lalulintas.  Deretan kenderaan yg begitu panjang mencemaskan keadaan.

Akhirnya kami tiba hampir 1.00 ptg. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat.  Pn. M, telah menghubungi tuan punya apartment yg telah ditempah utk penginapan belum bersedia lagi untuk menerima kami. Kami mengambil pakej 3 hari 2 malam dengan bayaran RM150.00 semalam.  Pukul 2.00 baru siap kerana penghuni yang sedia ada belum chek out lagi. 

Jadi kami singgah dulu ditaman Tanah Rata untuk merehatkan diri sambil menjamu selera setelah itu barulah kami menuju apartment yg terletak di Bandar Brincang.


-------------------------------------------------------------------------------

Hari Pertama :




Muni, Alif dan Aisy bersiap sedia ...( Masih dirumah lagi )

------------------------------------------------------------------------------
Singgah ditaman Tanah Rata utk menjamu selera sebelum kami proceed
ke-apartment berhampiran Pekan Brincang.



Pekena Goreng Pisang Panas..
Aisy dan Niah keletihan dalam pangkuan Ibu2
Borak-borak Kosong ...


Setelah itu kami mula bergerak ke apartment untuk check in. Selesai urusan check in
kami pun mula mengemas-ngemas supaya keadaan lebih selesa.



Pemandangan sekitar apartment yang kami sewa.


Agenda seterusnya Pn. M mengajak kami ke Pasar Malam Berincang, tapi kami kaum lelaki
tidak mahu turut serta kerana  ada agenda lain iaitu untuk menonton perlawanan pusingan kedua Piala AFF Suzuki antara Malaysia dengan Thailand yang akan berlangsung pada malam itu.  Yang bestnya apartment ni turut menyediakan perkhidmatan stesyen TV berbayar ..Astro.  Maka itu pergilah Pn M dengan Mawar,Murni, Shiqin dan Alif . Yang tinggal menantu2ku dan Niah dan Aisy (cucu2ku).

Keputusan Malaysia kalah dengan 2-0 cukup mengecewakan kami. Harimau Malaya gagal mempertahankan kerjuaraan yang dipegangnya pada 2010. Selamat Tinggal Harimau Malaya hingga ketemu pada tahun 2014 nanti.

Terima kasih Pn. M kerana membawa pulang sedikit juadah dan menyediakan  makan pada malam itu.  Sungguh menyeronokkan kami sekeluarga makan beramai-ramai.
Jam didinding telah menunjukan hampir 1.00 pagi mata pun mulalah kuyu menandakan hari pun sudah larut malam kami pun mulalah "Landing Time"..ZZzzzzzz.


-------------------------------------------------------------
Hari Kedua:
Gelagat cucu -cucu dipagi hari .. Get ready untuk jalan-jalan.



Aisy, Alif dan Niah


Aisy dgn muka excitied

Si Alif ni kadang2 agak aggresif dgn adek..

ntah apa yg si Aisy tergamam nengok si Niah..

Alif memang pandai bergaya...






------------------------------------------------------------------------


Jalan-Jalan ke Cactus Valley dan Uncle Sam Farm

Aisy merenung muka mama..

membelek-belek tapi tak beli pun..

Acu and Niah..

rombongan kami...

Hery, Mawar dan Niah..

Aisy, Murni, Jai dan Alif

Senyummm...

Nenda and Alif "  Peace "

suruh eksyen dia buat derkk ...

kesian Si Alif apalah yang dipikirkan tuuu..

Selesai sudah kami meneruskan jalan-jalan ke Pasar Sayur2-an.  Hujan mulai turun jalan menjadi sesak dengan kenderaan berpusu-pusu dengan tujuan yang sama.  Akhirnya kami singgah  untuk membeli barang keperluan untuk dimasak waktu makan malam nanti.... 
Hujan masih turun renyai-renyai sedikit sebanyak membantutkan program sehinggalah hampir senjakala.. Tamat sudah episod ini , kami pulang singgah pula di Pasar Malam Brincang..
Masya ALLAH  .. PMB dipenuhi dengan lautan manusia dan kenderaan bersesak-sesak .. semuanya dengan satu tujuan untuk bershopping, maklumlah cuti musim sekolah.  Disini kami menghabiskan masa hampir 3 jam. Hai..banyak juga Pn. M berbelanja. 


hajat dihati nak singgah tapi masa dah suntuk..

kami lalu jerr...tak singgah ponn..

sempat juga klik ..depan Pesona dipandu Heri..

--------------------------------------------------------------------------


Hari ke3 (terakhir):

Bangun seawal Subuh cukup mendinginkan umpama kami berada di Negara sejuk seperti Switzerland...teramat menyejukan sehingga ketulang hitam..sehingga memijak lantai pun tidak tahan akan kesejukkannya..Ya ampuunn...Walaupun apartment ini sudah dilengkapi dengan Pemanas Air namun demikian sejuk tetap sejuk.


Jadi program tetap diteruskan juga. Sesudah bersarapan pagi yang telah disediakan oleh Pn.M . kami mula mengemas-ngemas dan 11.30 pagi kami check out.


Destinasi kami hari ini:


1. Ke KEA FARM

2. Ke Kg.Sedia - kampung orang2 Melayu menjalani perusahaan ladang stroberi dan pelbagai produk terdapat disini..dan seterusnya kami akan singgah dimana-mana tempat sekiranya ada terluang masa.

Di KEA FARM kami menghabiskan masa hampir 2 jam ..membeli bermacam-macam jenis sayuran untuk dibawa pulang. Kerana terlalu sibuk berlegar-legar , terlupa pulak nak snap foto. Lepas tu kami jalan-jalan ke KG.Sedia.

Sudah berapa kali saya dan famili kemari sebelum ini tak pernah dengar langsung akan kewujudan Kampong Sedia ni.  Pn. M yang mencadangkan saya supaya kami kesana .   Well..tidak menghampakan.  Here we go..


Inilah dia pintu gerbang yang menuju ke Kg. Sedia. Perjalanan ialah dari Brincang menghala ke Tanah Rata. Foto menunjukan datang arah dari Tanah Rata ( kekanan ) Foto diambil dari google internet




beginilah suasana dicafe diladang stroberi Opah

Ladang stroberi Opah


beli and order.. time minum ..

tak puas hati order lagi...

dah nak bergerak


Jom jalan-jalan pula ke Taman Jabatab Pertanian yang terletak tidak berapa jauh dari sini...tujuan ialah untuk makan tengahari tapi hari dah kepetangan..
sambil itu kami bersantai-santai dengan anak dan cucu..


mereka bergembira ..sementara menunggu hidangan disediakan

Pn.M bertungkus-lumus menyediakan makanan..apesal yg lain relax jerr..

Si Alif sedang menikmati jajan stroberi semasa di cafe opah tadi..

Heri melayan Niah

Giliran Shiqin pula melayan Niah...

foto ni yg paling lucu ..Si Aisy beria-ia sangat menikmati Aiskrim stroberi diikuti pula Nenda..

 Niah pun sama juga sedang menikmati jajan stroberi...

masih menunggu sambil melayan kerenah sikecik ni...

masih lagi sedang menyediakan..

dah lapar lah tuuu...

jom makan ...

apa lagi yg di tunggu si Shiqin ni...sementara itu Pn.M sedang mengawasi ...

Jai melayan anak-anak...

sempat juga calling-calling...

sebuah pemandangan Taman Bunga di-Tanah Rata

Taman Bunga Tanah Rata

seronoknya Alif dan Aisy naik kuda spring...

Alif dengan kuda spring..





No comments: