March 29, 2009

AlFatihah

Assallamualaikum,
Dukacita diberitahu bahawa Sdr. Bakar Yusof telah meninggal dunia pada jam 7.08 pagi Sabtu ,28 March 2009. Allahyarham telah menghembuskan nafas yg terakhir diHospital Besar KL setelah berada dihospital beberapa hari yang lalu kerana sakit perut dan kesukaran bernafas. Jenazah Allayarham telah dibawa ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk dimandikan dan disemadikan ditanah perkuburan orang Islam di Jalan Ampang selepas sembahyang Zohor.
Allahyarham adalah bekas Pegawai Stor Bessar telah berkhidmat dengan Bernama selama 36 tahun dan bersara wajib pada March tahun lalu. Semoga ALLAH mencucuri rahmat dan menempatkan Allahyarham bersama-sama orang yang beriman.
Ameen.

No comments: